Monday, 21 May 2012

Alhamdulillah... dengan izin serta inayahNYA dapat saya menyiapakan tugasan blog yang perlu disempurnakan dalam kursus SSI3013 : Information & Communication Technology In Science, yang diberikan oleh Dr Sadiah. Tugasan ini telah diberikan pada minggu pertama pertemuan ketika didalam kelas dan Alhamdulillah saya berjaya untuk menyiapkannya pada minggu ke 12 sesi perkuliahan.

Ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah kesayangan saya Dr Sadiah diatas segala bimbingan dan tunjuk ajar beliau yang sangat membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga sekalung penghargaan buat teman-teman seperjuangaan yang sentiasa memberi semangat kepada saya untuk terus menjayakan tugasan ini. Jujur saya katakan pada mulanya saya mendapat tugasan ini perasaan risau mula bermain di minda saya kerana saya tidak tahu untuk membuat blog dan tidak berapa mahir dalam bidang penulisan namun begitu semngat yang sentiasa di suntik oleh Dr Sadiah ketika di dalam kelas membuatkan saya lebih tekun dan berusaha gigih.

Pada hakikatnya tugasan ini dapat membantu saya untuk lebih menceburi bidang IT dan menyedarkan saya bahawasanya bidang pendidikan perlu seiring dengan dunia tenologi. Alhamdulillah pembelajaran dalam kursus ini banyak memberi saya input yang bermakna dan dapat membantu saya sebagai persediaan awal untuk mengajar nanti. Pelbagai kaedah yang saya pelajari untuk menarik minat pelajar anataranya membuat slide menggunakan lecture maker,dengan menggunakan software ini pelajar saya tidak mudah bosan kerana pelbagai aktiviti boleh direka melalui lecture maker.

Di dalam blog saya ini,saya memuat turun gadget-gadget yang cantik dan menarik seperti jam,kalendar dan macam-macam lagi. Selain itu, yang lebih utama ialah saya memasukkan kesemua element penting yang dikendaki oleh Dr.Sadiah. Bagi memastikan blog ini sentiasa teratur ,saya telah melink kan kesemua maklumat dalam satu menu .Sebagai contoh,menu reflection.Dalam menu tersebut, terdapat refleksi-refleksi yang dikehendaki oleh Dr.Saidah

No comments:

Post a Comment