Lecturemaker merupakan satu medium yang boleh dikatakan amat menarik bagi saya dan ianya amat berguna bagi guru sains seperti saya sebagai bahan bantu mengajar. Walaupun kegunaanya lebih kurang sama dengan power point, akan tetapi lecturemaker mempunyai lebih banyak fungsi yang dapat menarik minat pelajar. Penggunakannya juga mudah, oleh itu saya dan rakan-rakan telah bersepakat untuk membuat satu topik dalam subjek biologi menggunakan lecturemaker iaitu Sistem Pernafasan Manusia. Dengan tunjuk ajar yang diberikan oleh Dr Sadiah kami gunakan sepenuhnya bagi menghasilkan lecturemaker yang terbaik. Kami juga ada merujuk beberapa tutorial yang ada di youtube bagi menambahkan lagi kemahiran kami dalam penggunaan lecturemaker. Didalam lecturemaker yang kami sediakan juga, kami memasukkan beberapa video bagi menarik minat dan memudahkan pelajar untuk memahami topik yang ingin kami sampaikan. Dengan ini saya berasa amat bertuah kerana berpeluang untuk mempelajari lecturemaker yang saya kira amat berguna apabila sudah mengajar di sekolah nanti. Sekalung penghargaan saya ucupkan buat Dr Sadiah dan rakan-rakan diatas tunjuk ajar dan kerjasama yang diberikan.

No comments:
Post a Comment